Wednesday, April 22, 2015

Catatan hari ini

Assalammualaikum...Apa khabar semua...selamat pagi...

  Aku masih dalam cuti mid sem. Sepanjang seminggu cuma duduk di rumah sambil menyiapkan tugasan dan menguruskan perniagaan aku. Jadi student setelah 14 tahun aku tinggalkan nya memang memenatkan..namun demi semangat dan cita cita aku redah sampai jaya.
    Kehidupan sebagai pelajar pada awal awal pengajian aku di uitm agak kelam kabut...aku terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kawan kawan baru yang jauh lebih muda dari aku.
   Kali ini semua kuliah aku dalam bahasa inggeris...aku terpaksa belajar balik. Maklumlah dah lama tinggal. Tapi aku yakin sepenuhnya aku mampu lakukan yang terbaik.
   Kampus aku di Shah Alam. Aku menyewa bilik di seksyen 7. Tingkat atas sekali. Tingkat 4. Naik tangga turun tangga dah jadi perkara biasa. Buat latihan kardiovaskular setiap hari. KFC tempat study aku pada waktu malam kerana bilik aku panas sangat pada sebelah malam walaupun ada kipas. Aku sewa dengan kadar rm190 sebulan. Cukup untuk aku melepaskan penat dan melelapkan mata.
      Perbelanjaan makan minum agak tinggi di shah Alam. Itu dah lumrah. Nak tak nak kena juga makan.
     Kawan kawan sekuliah aku anggap sebagai adik adik. Mereka semua lebih muda. Proses nak jadi kan mereka kawan agak kekok pada peringkat awal sebab faktor usia.
      Sepanjang berada di kampus sudah 1 saman aku kena. Saman parking. Aku bawa camry..itu je kenderaan yang aku ada. Aku parking main redah je.
       Hari tak de kelas aku akan pulang ke perak kerana menguruskan perniagaan aku di sini. Untuk jimat masa dan tenaga aku guna kan ETS. Keretapi elektrik ni cukup selesa dan laju.
    Ok..permisi dulu untuk hari ni. Jumpa lagi

Zaidi.

Perak 23 april 2015

Malam yang sarat...

Malam ni tidurku jadi liat...mata kadang memejam kadang membulat.puas ku pujuk agar jadi normal..jangan jadi mata cacing atau mata si burung gering...
      Gawatnya melayari perasaan...slot slot cerita terdahulu satu persatu terungkai...sekian lama tersimpan dalam arkib hidup.
    Derita apa sebenarnya....sakit tak tertanggung...ubat tidak lagi mujarab...saban waktu aku mencari titik silap...tiada yang tertulis tapi cukup banyak yang terukir di benak.
    Dari kecil aku tidak lah seindah anak anak kecil yg lain...Di buai ibu dari kecil sampai la akil baligh...nenek ku adalah ibuku...dia tempat aku bergantung harap..