Tulisan aku kali ni nak cerita pasal permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke Uitm bagi program Sarjana Pendidikan.
Benda ni dah lama dah aku dok fikirkan tapi, masa lak tak de..so terpaksa tangguh. dari setahun ke setahun.tangguh akhirnya usia aku cecah 4 siri. Bila tanya orang ...katanya " muda lagi ". Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung belajar. cita cita aku pun memang nak capai Phd. Insyaallah. Berangan dulu tak pe. selagi nyawa dikandung badan selagi tu aku akan usahakan untuk capai ke ttahap tu.
Pertama kali aku mohon program master ni kat USM ( dah lupa bulan berapa dah ) tapi tak de rezeki. aku tak dipanggil pun. so faham faham lah. maknanya tempat aku bukan di situ. Aku ni jenis rajin buka web site dan akhirnya terpandang lah secoond intake untuk Uitm. Aku try mohon . Al maklumlah xcited sangat nak study. Aku terus isi online dan segala macam document ku hantar by courier terus ke fakulti pendidikan. Tunggu punya tunggu..bulan tak timbul timbul...aku tak tersenarai alam geng yang dipanggil untuk ditemuduga. Aku tak putus asa. Tak pe. cuba lagi ( kata aku..dalam hati je la..) sampai lah pada bulan november ( kalau tak silap aku ) ..aku try lagi buka web site pasca siswazah uitm dan ada keluar untuk intake march 2015. dengan sepantas kilat aku terus ke BSN untuk beli pin number dan terus buat permohonan secara online. Kali ini aku dah tak hantar dokumen aku melalui courier. aku drive sendiri dan hantar sendiri ke fakulti. ( Dari Ipoh Perak ke Shah Alam sekitar 3 jam ) . Itu pun aku dah hampir terlewat sebab bila aku call uitm ..dia orang kata last day untuk hantar dokumen. itu yang aku terpaksa drive sendiri tu.
ni lah rupa karya karya aku yang lepas yang aku jadikan potfolio untuk interview |
selfie sebelum menghadiri temuduga.... |
tak faham potfolio tu apa. kalau folio aku tahu la. Aku teroka la maklumat dalam internet dan tanya kawan kawan. rupa rupanya dia orang nak kan hasil hasil kerja aku yang aku pernah buat selama ni. ( Faham ler aku ). nasib baik sebelum aku mohon Uitm dulu aku ni jenis rajin conteng menconteng, colour mengolour, lukis melukis..jadi ada la sikit sikit yang aku selfie dengan lukisan aku, ambik gambar dan ada yang aku memang masukkan dalam FB aku untuk aku tayang pada kawan kawan. jadi aku kumpul semua sekali dan jadikan ianya dalam bentuk potfolio.
yang originalnya aku dah frame.. ni aku guna warna pensel je |
haaa,,haaa.. aku pun tak tau gambar sapa... |
Aku ketuk pintu dan masuk. terus aku bagi salam. Ada dua orang dalam tu. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Aku ingat temuduga dalam bahasa Melayu. rupanya dalam bahasa inggeris ( Dalam hati aku kata..." masak aku hari ni " confirm berbelit lidah " ) .. aku masih ingat soalan pertama dia tanya.." introduce your self".. aku bantai je lah...cakap la akuu ni dari Kelantan dan bla bla bla.. sampai lah di masukkan kepada beberapa soalan.
Soalan soalan yang ditanya dari awal sampai akhir : ( Aku alih bahasa ye )
nanti korang translit ler sendiri
1. Perkenalkan diri and
2. Kenapa minat nak sambung belajar
3. Boleh tak huraikan tentang PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekoah )
4. Aa komen tentang kemerosotan PT3 2014 dan perlu ke kita salahkan kerajaan
5. Apa penyelesaian yang boleh dibuat untuk ,egatasinya.
( soalan soalan tambahan tu banyak lagi tapi jenis soalan santai je lah )
Aku pun tak tahu apa sebenarnya keajaiban yang berlaku sebab aku dapat jawab soalan soalan tu dengan penuh yakin walaupun aku ni bukannya hebat sangat dalam bahasa inggeris.
Al kisahnya lagi dah selesai temuduga dan aku kembali ke Perak dan tiba lah masanya yang ditunggu tunggu dan tak disangka sangka ( jeng jeng jeng ) Tanggal 15 Januari 2015 . masa sekitar 9.30 pagi. aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama member aku . Wakttu tu member aku yang drive. Aku terima sms " 0.00 Uitm. sila layari web site ipsis uitm untuk status permohonan " aku penuh debaran buka web site tu...akhirnya ..akhirnya..akhirnya.....AAku berjaya mendapat tawaran untuk program Sarjana Pendidikan di Uitm Shah Alam...Alhamdulillah.. itu yang mula jula sekali keluar kat mulut aku. Syukur sangat sebab aku diterima untuk belajar kat situ.Aku dikehendaki mendaftar pada 14 Februaru 2014 di Uitm Shah Alam. Akhirnya cita cita aku nak jadi student di peringkat Master tercapai juga.
alkisahnya...dan jumpa lagi
zaidi ..23 Januari 2014