Saturday, November 30, 2013

Ustaz Mung tunggu aku datang



Sebuah filem arahan Piere endere ini sudah semestinya akan memberi fenomena baru walaupun jalan ceritanya agak bersahaja dan berada dalam genre drama serta diselitkan dengan komidi spontan dari watak yang dimainkan oleh kumpulan shiro dan beberapa pelakon lain.

Filem yang menampilkan nama besar sebagai pendakwah bebas dalam negara iaitu Ustaz azhar Idrus yang sudah sinonim dengan penyampaian ceramah yang bersahaja dan kelakar serta penuh pengisian. Kemunculan Ustaz Azhar Idrus walau hanya dalam beberapa babak sahaja sudak pasti mampu menarik lebih ramai penonton ke panggong kerana popularitinya dan percaturan David Teoh sebagai penerbit melalui syarikatnya Metrowealth sudah pasti akan memberi pulangan yang tinggi.




Bagi ustaz azhar Idrus pula, bukanlah wang ringgit atau habuan yang khabarnya dibayar sebanyak Rm30 ribu untuk beberapa minit kemunculannya dalam filem ini tetapi lebih kepada meneruskan lagi dakwah Islam kepada setiap generasi dengan menggunakan filem sebagai medium.

Banyak kritikan dan komen komen sinis yang berlegar di media sosial khususnya facebook dan twitter dan ada juga yang menganggap bahawa ustaz Azhar Idrus sudah menjual agamanya kerana kebendaan yang sedikit, tapi hakikatnya matlamat sebenar ustaz Azhar Idrus adalah untuk berdakwah dan mendekatkan nilai nilai islam kepada semua lapisan dan peringkat umur apatah lagi filem ini adalah untuk tontonan umum.


Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus kerana berani meneruskan legasi dakwah dalam satu lagi platform walaupun mengundang pelbagai kritikan kerana kita faham untuk berdakwah sudah pasti akan ada yang menyokong dan ada yang menentang.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang...sudah pasti menjadi filem yang bercorak keagamaan yang bakal menggegarkan panggong wayang seluruh negara dan akan ditonton oleh pelbagai peringkat umur.

Ustaz..mu Tunggu aku datang ke panggong sebentar lagi..


zaidi

30 November 2013