Perjalanan ke Bandung mengambil masa 4 jam dari Bogor menggunakan Bas. Harga tiket dari Bogor ke Bandung 40 ribu rupiah atau sekitar rm12.00. Tapi kalau anda bercadang untuk naik teksi harganya cukup lumayan iaitu 500 ribu rupiah atau sektar rm150.00.
Sepanjang perjalanan ke Bandung saya dihidangkan dengan pemandangan yang indah dari kehijauan tanah tinggi dan padi padi bukit. memang indah sekali. Sawah padi di sana berada di lereng bukit dan ada juga yang dibuat di kaki bukit. memang cantik.
Friday, December 7, 2012
Hari ke tiga di Bandung
salah satu kawasan sawah padi di lereng bukit. pemandangan dari lebuhraya jakarta - Bandung
Di bandung merupakan kawasan sejuk. Pemandangan juga indah. Kalau berkesempatan melalui lebuh rayanya anda akan dapat melihat Kawah gunung berapi dari jauh.
Pemandangan dari jauh. kelihatan 2 kawah gunung berapi.
Melalui lebuhraya anda akan dapat melihat kiri dan kanan jalan diliputi kawasan hijau dan juga deretan rumah. agak padat rumah di sini. yang menariknya lagi bahagian dinding rumah yang menghadap lebuhraya akan disewakan kepada syarikat syarikat perniagaan seperti syarikat telekomunikasi.
Dinding dinding rumah dihiasi dengan jenama jenama yang disewakan kepada syarikat syarikat swasta.
Had laju di lebuhraya antara Jakarta ke Bandung dibenarkan 80 km/jam. kalau di Malaysia kita dibenarkan 110 km/jam. kereta agak banyak walaupun bukan musim cuti. tapi perjalanan agak lancar kerana telah pun melepasi kawasan sesak.
Suasana di lebuh raya Jakarta - Bandung
Aku sampai di Bandung sekitar jam 4.00 petang waktu Indonesia. tiba sahaja di Stesen Bas Bandung aku disambut oleh pemandu teksi yang bakal mengenakan aku bayaran yang tinggi dan tak masuk akal. Memang terkena aku kali ini. silap aku juga sebab tak bertanya dulu bayaran
dari stesen bas ke hotel. akhirnya aku telah dikenakan bayaran sebanyan 300 ribu rupiah atau rm100.00 padahal caj sebenar mengikut petugas hotel hanya lah 30 ribu sahaja atau rm9.00. Itulah hakikatnya sebagai pelancong. kalau kita tak berhati hati sudah pasti kena tipu secara terang terangan. Ini akan jadi pengalaman buat aku. Pedoman juga untuk yang lain. Pastiakn bertanya dulu bayaran sebenar dan minta kurang kalau boleh.
Di Bandung aku menginap di Serena Hotel dengan bayaran 390,000 rupiah lebih kurang rm120.00. Hotelnya selesa dan perkhidmatannya juga bagus. Sarapan pagi disediakan atau anda boleh juga ke Restoren masakan padang yang berada tidak jauh dari situ. Di Hotel Serena kebanyakannya rakyat Malaysia dan tidak lah ,erasa kesunyian di sana kerana dapat berkenal kenalan dengan pelancong dari Malaysia juga. Di situ juga aku dapat berkenalan dengan beberapa orang petugas terutamanya pak usop yang banyak membantu aku sepanjang di sana. Dia juga sudi membawa aku meronda ronda di sekitar kota Bandung pada waktu malam untuk melihat secara dekat kehidupan Bandung pada waktu Malam.
Ruang lobi hotel Serena.
Untuk memenuhi ruang pada sebelah petang aku mengambil peluang bersiar siar di Cheamplas secara solo. Perkhidmatan teksi ke sana adalah 30 ribu rupiah sahaja. Kalau ambil teksi blue bird anda mungkin dikenakan caj sekitar 20 ribu sahaja kerana jaraknya dengan empat saya menginap tidak lah jauh.
Cheampelas memang terkenal sebagai tempat menjual seluar jeans serta baju baju yang cukup murah. Kalau nak di bandingkan di Malaysia, seluar Jeans di sana amat amat lah murah. Memang betul lah Bandung ini terkenal dengan gelaran Paris Van Java.
Kebetulan juga pada waktu itu ada persembahan k-pop Indonesia. aku tumpang lah sekaki untuk melihat persembahan itu. Kalau dulu zaman muda muda aku memang meminati live muzik. Di sini ramai sekali pelancong dari Malaysia turut serta memeriahkan persembahan tersebut.
Persembahan dari artis k-pop Indonesia.
bergambar menggunakan ipad. kerana tidak ada yang sudi tolong ambilkan gambar aku.
Kawasan tumpuan ramai. di kiri kanan ada mall.
Thursday, December 6, 2012
HARI KEDUA DI BOGOR
30 November 2012
Hari Kedua aku berada di Bogor. menginap di Amaris Hotel sememangnya terasa puasnya. mungkin kerana biliknya yang selesa dengan harga yang berpatutan. Sempat jua aku merayau rayau di sekitar bandar bogor serta makan pizza hut di Botani Square. Damai rasanya berada di Bogor. Memang benar
ah Bogor merupakan Kota Hujan. Sepanjang aku berada di sana, sepanjang itu juga aku mengharungi hujan. cuacanya agak dingin. Terkenal sebagai tanah tinggi dan kawasan kajian dan pembiakan tumbuhan. Di Kota Bogor adanya Taman Botani yang menempatkan pelbagai spesis tumbuhan yang berjuta tahun lamanya.
Mercu tanda Kota Bogor
Ada lagi yang unik di sini. Apabila hujan tiba, maka ianya juga akan menguntungkan sesetengah penduduk di situ kerana mampu dijadikan sumber pendapatan sampingan. Perkhidmatan menyediakan payung di kalangan kanak kanak dan orang dewasa cukup menarik perhatian. Bayaran terserah. Begitu unik sekali dengan kanak kanak memegang payung tanpa memakai sepatu di kala hujan sambil berteriak " Payung pak..payung pak". Sekitar Botani Square aku melihat pengangkutan utama di Bogor iaitu Angkutan Kota. Cukup banyak dan pelbagai destinasi. bayarannya kalau dalam kota bogor cuma 2000 rupiah sahaja atau sekitar 70 sen.
Pemandangan biasa di Kota Bogor dengan jumlah kenderaan yang banyak dan kesesakan lalu lintas yang amat teruk
pengangkutan utama di Kota Bogor adalah Angkutan Kota.
Banyak yang menarik sebenarnya. Pengalaman melihat jualan bergerak serta masyarakat yang tak pernah lelah mencari rezeki banyak menginsafkan aku bahawa betapa sukarnya mencari rezeki di sana.
Masyarakat di sini tak pernah kenal erti jemu untuk mencari sesuap nasi. Gigih bekerja. Ada yang berniaga secara kecil kecilan ada juga yang menyediakan perkhidmatan kepada wisata.
Seorang penjual rokok sedang memperagakan rokoknya. Maaf Pak....saya ngak merokok..
Setelah puas aku menongkah kota Bogor aku terus saja ke stesen teksi untuk ke Taman Safari. Khabarnya Taman Safari ada keunikan sendiri. Kita boleh berada bersama sama dengan hidupan liar. Aku bertanyakan harga tambang ke Taman Safari. Pemandu teksi meletakkan harga 400 ribu rupiah. Aku bersetuju dan aku rasa sememangnya berbaloi dengan harga itu kerana terpaksa menempuh perjalanan 2 jam akibat kesesakan yang teruk dan harganya adalah pergi dan balik termasuk kos menunggu dan membawa aku ke kawasan Taman Safari bersama haiwan liar.
Sebuah masjid dengan seni bina yang menarik yang sempat aku rakamkan ketika dalam perjalanan ke Taman Safari.
Dalam perjalanan ke Taman Safari di sepanjang jalan juga khususnya di kawasan yang penuh sesak dengan kenderaan kelihatan ramai orang berjualan terutamanya makanan ringan seperti tauhu, mangga potong dan snek. tekun sekali mereka ini. harganya pun murah sekitar 2 ribu hingga 5 ribu rupiah sahaja
seorang penduduk tempatan sedang menjual mangga dan tauhu di kawasan sesak dengan kenderaan
Laluan ke Taman Safari Bogor
seorang wanita sedang memperagakan ubi kentang untuk dijual sebagai makanan haiwan di Taman Safari
Di sana aku mengambil masa sekitar Dua jam untuk melawat keseluruhan haiwan di sana dan merasai sendiri pengalaman bersama hidupan liar di sana. Haiwan di biarkan bebas dan pengunjung boleh berada dekat asalkan cermin kereta di tutup rapat dan pintu di kunci. Tiket untuk masuk ke sana ialah 136 ribu rupiah atau sekitar rm40.00. Agak luas juga dan menyeronokkan. banyak haiwan haiwan ditempatkan di sini.
Seorang pengunjung sedang memberi makanan kepada kuda belang.
Setelah puas berada di sana aku terus pulang ke hotel penginapan kerana telah terlalu penat dan kemudiannya aku sekali lagi ke Botani Square untuk makan pizaa. itu sahaja yang aku makan di sana kerana aku masih lagi belum biasa makan masakan Bogor yang rata rata terdiri dari masyarakat Sunda.
Restoren masakan Padang. Aku belum berkesempatan makan di sini
pohon besar berhampiran dengan Taman Botani dan juga dekat dengan tempat penginapan aku
Sekolah Pasca Sarjana yang berada berhadapan dengan Taman Botani.
Bergambar di hadapan Taman Botani Bogor.

Trip ke Jakarta, Bogor dan Bandung.
Fuyyyyooooo...itulah keseronokkan sebenar yang dapat digambarkan. Menanti tarikh keberangkatan tanggal 29 hb november 2012 terasa terlalu lama apatah lagi cuti akhir tahun ini terlalu awal iaitu seawal 9 november.
Seperti biasa sebagai kakitangan kerajaan aku harus mematuhi peraturan sebagaimana yang terdapat pada pekeliling peraturan keluar Negara yang terbaru yang memerlukan kakitangan awam memohon kebenaran ke luar negara sebulan sebelum bertolak.
Percutian aku kali ini ke Indonesia masih lagi dengan penerbangan tambang murah Air Asia yang telah menjadi pilihanku sekian lama. Terima kasih Air Asia kerana menyediakan perkhidmatan yang berkesan.
Aku memulakan perjalananku dari Taiping menggunakan perkhidmatan keretapi ke Kl Sentral. Aku sudah biasa dengan suasana keretapi. Dan aku cukup faham dengan situasinya. Kali ini aku menempah tempat tidur kelas 2 bagi keselesan perjalanan ke Kl Sentral.Tambang untuk tempat tidur bawah dari taiping ke Kl Sentral adalah RM 40.00.
Perjalanan aku dari Taiping bermla jam 2.50 pagi tanggal 29hb november dan tiba di Kl Sentral pada Jam 6.50 minit pagi. Sementara menantikan jam 10.00 pagi untuk ke LCCT, aku sempat bersiar siar dan sarapan pagi di Kl Sentral. Mungkin agak bosan kerana perjalananku secara solo tapi aku puas dengan cara begini.
Penerbangan aku ke Jakarta adalah pada jam 1.35 minit petang. Masih banyak masa untuk aku mempersiapkan diri dan meneliti beberapa perkara yang harus aku sediakan.
Tepat jam 10.00 pagi aku berangkat ke LCCT airport dan tiba di sana jam 11.00 pagi. Aku tus ke kaunter air asia untuk check in. Proses untuk check in agak mudah kerana tak ramai lagi. aku terlalu awal check in.
Di LCCT aku sempat mencuci mata melihat gelagat gelagat pengunjung dan sesekali mata hinggap di skrin maklumat penerbangan. Jam 12.55 gate telah dibuka dan aku terus bergegas ke sana supaya tidak tertinggal penerbangan nanti.
Penerbangan yang mengambil masa 2 jam ke Jakarta sememangnya tidaklah memenatkan apatah lagi disajikan dengan panorama yang indah dari atas awan dan juga pemandangan darinatas sebenarnya cukup menakjubkan.
Sekitar jam 2.30 waktu indonesia aku telah pun menjejakkan kaki ku di lapangan terbang sukarno hatta. Lapangan terbangnya cukup besar dan sekali lagi au perlu melalui pemeriksaan yang agak ketat serta perlu membuat perisytiharan barangan yang di bawa.
Aku memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi ke Bogor. Setelah aku bertanya kepada pemandu teksi di situ dan aku bersetuju dengan bayaran 350,000 rupiah atau sekitar rm100.00
aku tidak tahu apakah harga itu berbaloi atau tidak kerana itulah kali pertama aku ke bogor.
Perjalanan ke bogor mengambil masa 2 jam setengah akibat kesesakan lalu lintas yang teruk walaupun jarak ke bogor difahamkan sekitar 80 km. itulah hakiatnya di Jakarta. Di Bogor aku menginap di Amaris Hotel yang telah pun aku tempah melalui internet. Aku menempah untuk 2 hari di Bogor.
Bangunan yang tersergam indah di kotaraya Jakarta
Dalam perjalanan ke Bogor. sempat aku halakan lensa kamera aku menghadap bangunan tinggi di kotaraya Jakarta

Monday, November 26, 2012
Bunga bunga Indah di Cameron Highland.
Camera Canon 600D
lokasi. Taman rama rama, ladang strawberry dan Taman bunga
tarikh gambar di ambil...24 december 2012
ini ada beberapa gambar yang sempat saya bawa pulang untuk dikongsi bersama

Cameron Highland. Menyusuri Hari yang dingin
Cuti kali ini aku merehatkan minda aku Tanah Tinggi Cameron Highland. Perjalanan dari bandaraya ipoh mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Brinchang. Dalam perjalanan aku dihidangkan dengan pemandang alam semula jadiyang indah serta ladang strawberry, teh dan sayuran. Cameron Highland dianugerahkan dengan keindahan yang tersendiri.
sekitar jam 3.00 petang aku berkesempatan untuk minum teh Cameron Bharat. Rasanya memang berbaloi.

Salam sejahtera....
mungkin sudah lama saya tak update blog ni..mungkin terlalu sibuk dengan facebook atau pun ada kerja lain. lagi pun sebelum ini saya sibuk dengan tugas rasmi saya.
kali ini blog saya masih lagi berkisar pada percutian dan pelayaran solo saya sama ada dari seluruh malaysia atau luar negara. inilah hobi saya sebenarnya ..melancong.
Dengan berbekalkan cameron Canon 600D yang baru saya beli saya akan cuba memuatkan " shoot" terbaik. mungkin boleh untuk dikongsi bersama pembaca.
saya juga mengharapkan komen- komen membina untu menjadikan blog ini nampak lebih baik dan berinformasi.

Thursday, April 12, 2012
bertemu kembali

assalamualaikum dan salam sejahtera.
rasanya dah lama tak menulis di ruangan ini. hampir sudah terlupa bahawa blog ini sebenarnya banyak mengumpul kenangan sejak betahun khususnya dalam melakarkan pengalaman ketika bercuti dan menjelajah ke seluruh malaysia. tak kurang juga sebagai tempat untuk melepaskan kekusutan dan hamparan untuk bepuisi.
sudah hampir 4 bulan tahun 2011 ditinggalkan besama pengalaman yang cukup pahit khususnya dalam perniagaan aku. tahun 2011 begitu mencabar sekali.
bersambung..........
Subscribe to:
Posts (Atom)