Monday, April 12, 2010

Selamat pagi, selamat tengahari, selamat malam an selamat dinihari


Pagi ini badan agak cergas sedikit. Kelas pagi ni tak ada so..boleh la updatekan blog atau catat apa yang patut untuk hari ini. Tidak ada apa yang menarik untuk pagi ini. Hari ini hari kedua ujian topikal 2.
Tahun ini adalah tahun penghijrahan buat aku. walaupun sekarang ini sudah pertengahan April rasanya masih belum terlewat untuk aku menulis tentang tahun penghijrahan buat aku. Kalau dulu aku 8 tahun di SMK dato Seri maharaja Lela Kg. Gajah, kali ini aku merasai pengalaman baru di SMK Sultan Abdul Jalil Shah. Tahun ini juga Satu lagi perniagaan baru wujud iaitu pusat gymnasium yang baru aku tubuhkan.
Tahun ini juga mungkin satu lagi kejutan baru iaitu MOZA DESIGN yang telah bertapak selama 9 tahun akan ditutup dan digantikan dengan perniagaan baru yang berasaskan sukan dan "indoor game". Tapak yang ada sekarang dikekalkan cuma produk perniagaan sahaja yang beruba. Keputusan ini dicapai bagi meringankan kos operasi yag semakin meningkat dan aku merasakan perniagaan yang berasaskan sport ini lebih memberi keuntungan.
Apa pun, kajian masih lagi diperingkat awal dan insyaallah kalau diizinkan tuhan akan terus dilaksanakan pada bulan Jun ini. Sedih juga untuk meninggalkan bidang yang telah pun bertapak selama 8 tahun dan telah banyak memberi sumbangan kepada penduduk Kg. gajah.


Sunday, April 11, 2010

Hari Minggu ke di Kem Kota..sertai perkhemahan


Hari minggu aku kali ini ialah menghabiskan masa di Kem kota bersama dengan peserta pengakap. memang menyeronokkan dan inilah sebenarnya waktu yang aku tunggu tunggu. kalau kebiasaannya aku seringkali bergerak secara sendirian mengembara ke seluruh Malaysia tapi kali ini aku bergerak secara berkumpulan pula bersama sama dengan pelajar pelajar ke Kem Kota Layang layang kiri.

Hari pertama sampai waduh..waduh terkejut besar.. Kenapa..???? tak percaya...moh tengok sini.. Cuba tengok gambar kat bawah ni..mesti terkejut punya....



Semak samun tak payah cerita la..silap silap anaconda pun boleh ada kat sana...jenuh gak berfikir.. Risau jugak aku bila berada di kawasan tu...tengok lah sendiri. Ada berani ke..confirm nya tak berani. Nak tak nak, ini lah sahaja tapak yang ada yang dikira lebih baik sebab berada di tepi jalan dan mudah untuk proses mengangkut barang barang.

Masa ini lah nak tengok kerja sama antara pelajar tapi dalam masa yang sama keselamatan pelajar mesti di utamakan.

Alhamdulillah, sebenarnya tak ada lah sampai pelajar kena tebas hutan dan semak ni sebab pihak pengurusan telah menyediakan perkhidmatan memotong rumput secara percuma. tengok gambar ni..betul tak saya kata, tak percaya??? tengok gambar ni....





tu haaa...nampak tu..abang tu tengah mesin rumput tu...sakit belakang tu pikul mesin rumput..kome tengok je, bukan nak tolong.. apa pun terima kasih lah untuk abang kita yang membantu ni. bayangkan semak samun yang meninggi tadi dan jadi cantik dan licin seperti kepala yang berambut dan dibotakkan pakai mesin potong rambut no 2.

macam ni baru la nampak bersih.kalau nak berguling pun rasa selamat dan confirm la anak biawak, anak ular dan anak rimau tak ada...

huhuhu..memang mablesss




Sekitar jam 12 tengahari lori yang bawa barang pun sampai. maka al-kisah di angkut lah semua barang barang tu turun dari lori. Banyak juga aku tengok. Ada buluh, ada buluh, dan ada buluh..maknanya buluh tu banyak le. lepas tu meja, kerusi , dapur dan beberapa alatan lain. Kira perkhemahan canggih la ni. masuk hutan tak payah jalan kaki. semuanya main kuda tayar berpusing. jimat tenaga.
Rajin betul nampak peserta perkhemahan ni. kat rumah tak pasti pulak serajin ni. tapi bila tengok tempat berkhemah tu..wadh waduh...memang dahsyat. layak dibuat menantu semuanya.
tak kira yang lelaki atau yang perempuan. semuanya bersama sama membantu antara satu sama lain. Yang pendek, yang panjang, yang gemok yang kurus...memang berbaloi bawa depa ni.


Inilah gambaran sebahagian khemah pada
waktu petang.

Wednesday, April 7, 2010

Apa cerita hari ini...


Apa cerita hari ini..entah ..aku pun tak tau nak cerita.. yang aku tau malam tadi memang tak dapat nak tidur..bukan fikir tentang kerja tapi dah tersilap minum kopi O..apa lagi..memang sah lah tak dapat tidur.


Sambil sambil tunggu masa mengantuk sempat juga aku berkira berkira sambil memikirkan apa yang terbaik untuk aku lakukan bagi memantapkan lagi rutin harian aku. pada sebelah petangya macam biasa dan berkebetulan dengan aktiviti kokurikulum..jadi kena la bertugas. Aku ajar student aku buat kolaj. Tapi sebelum tu suruh buat lakaran dulu. nak tengok....ada la dua 3 keping gambar sempat aku masukkan kat sini






Tekunnya.....pelajar sedang menyiapkan lakaran awal



























beberapa orang pelajar sedang khusuk menyiapkan tugasan

















Tuesday, April 6, 2010

Cerita di Bagan Datok...siri 2




Pemandangan indah dari atas jeti di Bagan Datok sekitar jam 6.10 minit petang








Memang mengasyikkan.Memang mempesonakan dan memang terpegun melihat panorama indah di sini. Jam di tangan menunjukkan pukul 6.00 Petang. Sebentar lagi matahari petang akan jadi matahari senja. Sebentar lagi burung burung akan pulang ke sarang.
Aku masih lagi di Jeti bagan Datok sambil memerhatikan gelagat kaki pancing memperjudikan nasib untuk hari ini. mana tau untung sabut timbul untung batu tenggelam. Tak dapat ikan besar dapat udang kecil pun kira dah memadai.



Masing-masing dalam kepala dengan seribu harapan. Ada yang terbayangkan ikan besar yang akan menarik pancing dan ada juga yang terfikirkan hanya sekadar seekor udang sebesar kelingking. yang penting ada habuan yang akan di bawa pulang.
Sesekali aku menyusur tepian jeti. melewati batu batu besar. mata ligat bermain di gigi pasir dan air yang agak berkeladak dan berlumpur. Mungkin ini lah juga sebabnya tempat ini sesuai dijadikan tempat memancing.

Sedang menunggu habuan untuk hari ini
dari lensa kamera berjarak 500 meter

Monday, April 5, 2010

Destinasi


Assalamualaikum semua..rasanya dah lama tak update blog ni...maklumlah terlalu sibuk dengan tugas tugas harian apatah lagi sekarang ni dah buka perniagaan baru iaitu Pusat Gymnasium dan Pingpong Yang berpusat di Kg. Gajah Perak. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik dan perniagaan pun nampaknya bertambah baik.

Kalau dulu setiap kali cuti..saya akan menjelajah ke seluruh Malaysia dengan memandu kereta untuk mencuci mata dan melihat keindahan alam. nampaknya tahun ini terpaksa di hadkan
Bergambar di hadapan sebuah rumah
yang bersenibina rumah Melayu Perak
di Bagan Datok
atas sebab terlalu sibuk dengan tugasan.

Sebenarnya saya dah 2 minggu demam dan tak sembuh sembuh lagi. Inilah rasanya demam paling lama. Aktiviti harian nampaknya terbatas sedikit. Walau bagaimana pun saya sempat juga menghabiskan cuti hujung minggu untuk berkunjung ke Bagan Datuk Perak. katanya tempat tu merupakan pengeluar produk yang berasaskan kelapa tapi sayangnya sepanjang perjalanan takpula saya jumpa tempat memproses dan menjual produk yang berasaskan kelapa. Papan Tanda juga tak ada. Ini menyulitkan pengunjung yang baru sahaja sampai di situ.

Apapun ini sedikit terubat apabila dapat rilek sekejap di jeti Bagan Datok. Wowww...kira ok juga la kat situ. rupanya ramai orang yang datang memancing kat sini.
mengikut cerita cerita orang kat situ, kat tempat ini terkenal dengan udang. ramai yang datang memancing kat sini. yang tua pun adaa..yang muda lagi lah ada...
Jeti di Bagan Datok. Kebiasaannya waktu
petang akan dipenuhi dengan kaki pancing
yang tak jemu jemu menunggu hasil yang
terdiri dari udang dan ikan




Beberapa orang kaki pancing sedang sibuk meletakkan umpan pada mata pancing yang sempat saya rakamkan untuk tatapan pembaca semua.
kalau nak belajar ilmu memancing boleh datang sana dan tanya je kawan kawan kita tu.






Di sana saya mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk minum minum dan rilek. tenang gak rasanya kat sini.

ok...


Alloo Anne....ini ikan sangat kicik..lagi rumah kasi ....suma orang mau makan anne...Nanti kita tunggu lagi besar punya ikan la anne..
Dua orang pemancing sedang memperbetulkan umpan sebelum dihumbang ke laut..





Suasana pada waktu petang di Jeti Bagan Datok. Kaki Pancing sudah pun semakin ramai memenuhi kawasan ini. Inilah rutin setiap hari di kawasan jeti ini





Pemandangan dari atas jeti, Kelihat bangunan yang menempatkan kakitangan marin dan jabatan laut di bagan Datok
jumpa lagi untuk certita cerita dan catatan akan datang.


edy

6 April 2010

Sunday, December 27, 2009

UNTUK APA DICATAT LAGI

Untuk apa dicatat lagi
Sudah kering agaknya dakwat
Atau mungkin sudah tidak mahu melekat
Walau berkali dicalit
di atas kertas yang semakin carik

puas dipujuk agar terus mengalir
menyatatkan cerita cerita gembira
agar hilang hiba di dada
di atas kertas carik yang dimamah usia

kalaupun mampu dakwat ini mengalir
sederas air mudik ke hilir
apa mungkin ceritanya nanti cerita bahagia
sedang diminda tersemat cerita duka

atau mungkin kisah camar yang hilang tiba tiba
setelah ditemui seketika di sore senja
dalam samar cahaya terpalit bias warna jingga
santun berbicara pandai berkata kata

atau mungkin kisah aku yang hilang camar kesayangan
setelah aku diulit lena dengan lagu “kembali pulang”
yang hinggap ditelinga saat aku keseorangan
tatkala menyusun impian dan harapan

edy


26 December
Perak darulridzuan

Wednesday, December 16, 2009

CAMAR YANG HILANG

Hari ini aku bercerita lagi
Tentang camar yang hilang
Dalam sebak pilu sakit yang menyongsang
Membenam ke dalam diri sedalam dalam
Sakit ,….saki…sakit…bukan lagi kepalang

Camar terbang pergi di sore jingga
Dalam kelam senja
Meredah malam yang berbisa
Aku tercari cari dengan nista,
Hilang segala upaya

Sudah saban waktu bergenang air mata
Ada rindu yang tersesat di dada
Ada sayang yang terpahat di jiwa
Ada kasih yang sudah terbina

Hari ni camar pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendirian
Canggung rasanya hari hari mendatang
Tanpa camar yang ku sayang

****PULANGLAH CAMAR*****


Edy

16 December 2009 ( Kuala Lumpur)

Thursday, December 10, 2009

AKU MANGSA MU

Aku adalah mangsamu
setelah jerih aku hiasi cinta dan rindu
dari seluruh kalbuku
dari seluruh saraf dan nadiku
mengalirkan bahang cinta
bagai arus sungai di muara

Aku tewas dalam lakunan mu
lena diulit senyum dan janji mu
dibuai hangatnya cinta palsumu
dalam muara kasih yang tenat
hitam dan pekat


edy

( 10 December 2009)

Perak

Wednesday, December 9, 2009

KU LEPASKAN MERPATI PUTIH

Hari ini ku lepaskan merpati putih
Dari sangkar hati
Agar tidak lagi mati
Dipenjara janji

Hari ini ku lepaskan merpati putih
Yang sekian lama terkurung merintih
Agar nanti ianya bebas
Mencari dahan yang ampuh
Dari pohon yang teguh

Hari ini ku lepas merpati putih
Dari seluruh yang ada
Bersama sayap sayap hidup yang dibawa
Bebas terbang di angkasa

Edy

6 Dec 2009
( melaka)

LAUT YANG KALUT

Aku melihat laut dalam jiwa yang kalut

Walau tanpa ribut dan angin yang kusut

Aku mentafsir setiap lenggok ombak dengan penuh serabut

Bagai ada tempias hiba yang menusuk


Ada kalanya aku bersendirian di atas batu di pinggiran

Mencari di mana sebenarnya noktah ketenangan

Masih bertarungkah aku dalam benak sendiri

Walau sudah berkali kali aku berlari

Jatuh, tersungkur terbuang ke tepi

Bangun dan rebah menyusur hari


Dalam tempias hidup dan ombak yang kalut

Aku mencari camar di senja yang redup

Dalam samar senja dan mentari jingga

Camarku hilang entah ke mana

Aku menanti penuh derita



Edy

Melaka

( 7 dec 2009)

Wednesday, December 2, 2009

PUISI BUAT UNGGU ( CATATAN 2)

Hari ini aku menulis untuk unggu
aku berpuisi demi unggu
aku bersyair buat unggu
setiap lenggok bahasa untuk unggu

aku memuja unggu
dari setiap saat dan waktu
dari seluruh kalbu
tanpa jemu dan ragu

dalam mimpi ku ada unggu
dalam ruang hatiku ada unggu
dari setiap ruang ianya beradu
bersila tanpa silu

hari ini...puisiku untuk unggu
sebagai catatan rindu
sebagai tanda kesabaranku
yang tak pernah jemu
untuk terus mencintaimu


edy

3 dec 2009
(Perak)

Sunday, November 29, 2009

HARI HARI YANG SAKIT

Hari hari yang sakit
Memenjarakan diri dalam perit
Sakit kerana rindu…
Dari ruang yang bisu

Hari hari yang perit
Jalani dengan penat dan jerih
Pasrah dan redha
Walau kian berbisa

Hari hari yang sakit dan perit
Adalah perjalanan ku
Mengerah seluruh kalbu
Rindu padamu

Tanpa suara yang berbisik ditelinga
Tanpa khabar yang menyapa
Tanpa salam ceria
Aku menunggu dengan nista


eeddy


27 Nov 2009

Kelantan Darul naim ( 8.30mlm)

AKU TERKURUNG DI SINI

aku sunyi terkurung di sini.
bertemankan dinding dinding mati.
tanpa mata dan hati.
dalam ruang yang hanya beberapa persegi.

aku sunyi terkurung di sini.
bagai sunyinya hati.
kosong dan sendiri.
sesekali ku melihat cermin.
memandang diri
mencari rahsia yg tersembunyi.

aku sunyi terkurung di sini.
entah s ampai bila lagi.
aku pun tak pasti

edy..

( Melaka, 23 Nov 2009)

Ketika aku bersendirian di dalam bilik hotel penginapan.

Monday, November 16, 2009

CATATAN BUAT UNGGU


Hari ini kita dipertemukan

dalam sorak keriuhan

terbias di dada cyber

lantas membina pangkin santai

dalam tawa bersahaja


Dari riuhnya celoteh

diadun dalam pelbagai warna

warna warna kehidupan

di karpet yang terhampar


Dalam kekalutan ekspresi manusia

menerjah cerita cerita tawa

sempat ku curi seraut wajah

yang dianugerahkan keayuan

persis bidadari kayangan


ku cuba meneroka makrifat

mengenal hakikat

mentafsir firasat

dari kelibat yang kian melekat

dalam benak akal yang sarat


dari jauh kucuba mengenal

cerita disebalik raut unggu

dari senyum dan tawanya

ada rahsia yang terbelenggu

tentang sulitnya cerita semalam

yang terpahat diam

bertarung dalam keperitan


dialah unggu...

jiwanya penuh nista

namun hatinya waja



edy...


16 November 2009








Sunday, October 25, 2009

APA KHABAR PUTERI KU


Apa khabar puteri ku...
masih ingat lagi agaknya
saat kita bertemu di perhentian KL
15 Tahun yang lalu


dalam hingar bingar kota batu
Kita saling tidak kenal mengenal
bersandar di dinding kurang sedepa
dalam riuhnya manusia kota
mundar mandir dengan teriak suara


Saat kita hanya tahu mengukir senyum
antara kau dan aku


Apa khabar puteri ku....
masih ingat lagi kah kita
punya destinasi yang sama
kau ingin pulang ke desa
aku pula ingin hadiri temuduga


Dari Bas yang sama kita mula bercerita
tentang itu dan ini
tentang kisah silam dan pengalaman kelam
tentang daifnya menjadi manusia
tentang sukarnya mencari bahagia
tentang hibanya ditinggal bapa
tentang seronoknya di alam sekolah
walaupun kenal kita di hentian bas cuma


Masih ingat kah lagi kah kita.....
tatkala kau menjadi pendengar yang setia
ketika aku mula membuka bicara
tentang rentetan hidup tanpa bonda yang menjaga
tentang hilang kasih sayang dari ayahnda yang tercinta ( saat permergian)
tentang kasih nenek yang menimangku ketika mula membuka mata


Masih ingatkah lagi kita..
bermula dengan pertemuan kita jalinkan hubungan
dari satu titik ke satu titik kita mekarkan kasih sayang
dari bunga harapan kita mula suburkan
Kita jalani saat indah bersama
dari pertemuan di hujung minggu
kita jalinkan menjadi cinta yang satu
kita sematkan janji berpadu


masih ingat lagi kah kita....
Dari Centre Market ke Daya Bumi
Kita susuri taman-taman di pinggir sungai Klang
Kita hiasi dengan senda dan gurau
jenaka-jenaka cinta
yang lahir dari hati-hati kita


hari ini aku mengenangnya kembali
Setelah 15 tahun hilangnya puteri hati
kita ditakdir untuk tidak bersama
walaupun kita hebat mengota janji cinta
kita akur pada ketentuan esa
menetapkan jodoh mu dengan si dia


- Zaidi


20 May 2009