Monday, March 17, 2014

Aku dan lukisan alam

bicara apa aku hari ini. Memang sudah sekian lama tidak melukis. Ku tinggalkan berus dan kanvas sudah hampir cecah 10 tahun. Kenapa ye..? setiap calitan warna adalah rakaman perasaan aku dan pengalaman ku. Mungkin sudah lama tida tercalit di kanvas dengan berus baru kerana yang lama sudah pasti hilang bersama mod dan semangat.
    
    

  Hey...semangatnya dating kembali. setelah sekian lama berkurung tanpa khabar. Warna alam sudah semestinya menjadi kegilaan ku. Alam suatu yang unik. Aku suka alam. Aku suka pantai. Aku suka hutan. Aku suka air terjun. Ada batu batu besar dan kecil. ada pohon yang merimbun dan dicelah celahnya ada cahaya. menarikkan.


 Ada sungai yang mengalir. kalau boleh ingin sekali ku lukiskan burung burung yang berterbangan. biar nampak galak di persada. biar nyaring bunyinya andai dapat didengar. Air segar biar terasa ke tulang andai mampu ku rasai. Calitan warna alam ke cuba perhalusi makna dan pengertian.


zaidi

17 mac 2014

  
       

kEMBARA kU : Aku ke Pattaya 2014..????

Masih lagi menjadi persoalan untuk tahun 2014 dalam mengisi slot kembara ku bagi tahun ini. Setelah beberapa tahun aku telah mengembara ke beberapa destinasi di Indonesia, Singapore dan Thailand  antaranya Medan, Jakarta, Bogor Jogjakarta, Bandung, Batam, di Indonesia ,  Tampines, Gelang serai. Simie di Singapoe. Phuket, Krabi, Hatyai, Sadao,  Trang di Thailand. Pelbagai pengalaman dan asam garam serta permasalahan hidup yang aku temui.

Aku  cukup seronok sebenarnya setiap kali aku membuat pengembaraan solo aku. Untuk tahun ini berkemungkinan aku akan ke Pattaya Thailand. Khabarnya di situ ada pantai yang cantik dan panjang. Pattaya yang berada dalam jarak sekitar 2 jam setengah perjalanan dari Bangkok sudah semestinya menjanjikan satu pengalaman yang baru. Sudah pasti perkara yang pertama bagi aku adalah mencari seberapa banyak mungkin maklumat tentang Pattaya dan makanan halal di sana. Sebagai orang Islam aku cukup sensitive dengan makanan.

          Aku ingin sendiri melihat kehidupan di Pattaya serta pantainya yang cantik serta pasirnya yang putih. Suasana malamnya serta kehidupan masyarakatnya. Khabarnya Pattaya juga menjadi tumpuan warga dari eropah untuk bersantai di pantai.

         Ada juga terlintas di fikiran aku untuk menjelajah Negara -Negara Asia lain seperti China, Jepun, Australia dan Filipina tetapi mungkin belum tiba masanya lagi. Untuk ke Negara Negara tersebut mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi terutamanya Australia yang menggunakan matawang dollar.

        Kembara ku adalah catatanku. Setiap destinasi yang aku pergi sudah pasti akan menghiasi dada blog aku. Aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat dan amati. Kembara ku kerana ingin melihat sendiri negara orang. orang kata, luas perjalanan banyak pengalaman.

Saturday, March 8, 2014

Kehilangan Pesawat MH370: FBI Bantu Siasatan

PETALING JAYA: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar Biro Siasatan Pusat (FBI) untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, selepas mengambil kira tiga rakyat negara itu turut tersenarai antara penumpang yang menaiki pesawat tersebut, lapor LA Times pada Ahad.
Seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dijangka warga negara AS.
"Ia membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri," kata pegawai itu.
Pada awal pagi Sabtu, pesawat yang membawa seramai 239 penumpang termasuk 12 anak kapal menuju ke Beijing hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi, kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsan Kuala Lumpur (KLIA).
Pesawat tersebut tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan dan lokasi terakhir dikesan di 120 batu nautika di timur Kota Bharu di perairan Laut China Selatan.
Pesawat itu dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi

SUMBER : MSTAR

terkini.. Pesawat hilang: Tentera Vietnam kesan tumpahan minyak






HANOI 8 Mac - Pasukan tentera Vietnam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, mengesahkan penemuan tumpahan minyak di perairan Laut China Selatan dan telah menghantar dua buah bot ke lokasi dinyatakan.

Timbalan Ketua Turus Tenteranya, Vo Van Tuan memberitahu saluran televisyen tempatan, VTV, dua buah pesawatnya ternampak tumpahan minyak sepanjang 15 hingga 20 kilometer yang berhampiran antara satu sama lain.

Tumpahan minyak itu kemungkinan besar boleh memberi petunjuk kepada kehilangan pesawat MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, awal hari ini.

Kami belum dapat memastikan sama ada tumpahan minyak itu berpunca daripada pesawat terbabit atau mana-mana kapal Vietnam yang melalui kawasan tersebut," katanya seperti yang dilaporkan AFP. - AFP

14


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_14/Pesawat-hilang-Tentera-Vietnam-kesan-tumpahan-minyak#ixzz2vNxMqwc7
© Utusan Melayu (M) Bhd